Wednesday, July 18, 2012

Melayu Pelesit Geng infinity Downline

Posted by ninja vlad at 10:45 PM 0 comments
Pelesit merupakan epic atau mitos atau kepercayaan mistik masyarakat melayu pada zaman dahulu. Pelesit dikatakan sebagai seekor hantu yang menunggang belalang dan gemar menghisap darah orang-orang melayu zaman dahulu...

yang aku nak cerita sekarang ni adalah melayu pelesit yang suka makan duit bangsa sendiri dengan teknik pembohongan yang sangatlah celaka dan yang menjadi mangsa adalah masyarakat melayu facebook yang mudah dikaburi dengan bayangan wang ringgit yang sebenarnya adalah Taik semata-mata.. why aku panggil puak-puak ni pelesit? yaaaaa. pelesit suka sangat makan darah orang.. dan melayu golongan ni pulak suka sangat makan duit orang...

have you heard about "Facebook infinity Downline"? ya inilah skim dia. sangat gila dan sangat popular kat facebook. ladies n gentleman, actually.. skim ni adalah skim yang mempunyai unsur penindasan..dan serta merta perniagaan yang mempunyai unsur penindasan adalah haram di sisi agama.. jadi janganlah hangpa nak bersekongkol dalam menyebarkan skim yahudi laknat ni.. ingat muka hangpa ngan duit-duit haram tu dapat bertahan lama ka ? dah tu tag kat aku pulak yang tak berduit ni..

aku nak blame sistem dia ja. sebelum masuk dalam sesuatu perniagaan korang mesti tengok "how the system work".. 1stly aku nak cakap aku ni takder langsung PERASAAN HASAD DENGKI walaupun bangsa melayu sangat terkenal dan sangat hebat dengan PHD. Takkan la hangpa semua buta-buta boleh terima skim infinity downline ni?tengok ni graphic explanation...



reverse2up.. kahkahkah. dengaq macam sedap jah. padahal aduyai.. flyer atas ni aku ambik dari blog aidib muaddib. 

memang untung la hang mengemis kat downline hang RM100.. downline hang pulak mintak RM100 kat downline dia.. dan downline dia akan bagi dekat hang seratus dan upline kedua tadi akan bagi duit tu kat atas pulak.. then yang bawah tu dapat taik kalau dia tak gi mengemis cari downline dia.. 
taknampak menindas ka? dengan barang nya apa pun takdak.. ni direct hangpa bagi RM100 kat orang.. tak ka bodoh tu? usaha memang usaha kalau usaha dari cara yang haram tak ka makan pun benda haram? 
nanti hangpa tunggu pulak satu lagi scheme bangsat dari geng2 infinity downline ni buat.. hati-hati dengan promosi "tanpa barang,duduk goyang kaki,korek hidung, dapat keuntungan 100%".. mane ade perniagaan untung 100%.. kalau merompak bank boleh la keuntungan 100%.. 

dan ayat kaki ID ni jugak  berbunyi camni "anda harus cuba,pedulikan suara-suara busuk di sekeliling anda yang menghalang anda dari join bisnes ni".. palehotak dia la..lepas hang bagi RM100 kat dia.. dia untung n dia akan lepas camtu ja. 

Ni bukan bisnes internet, ni bisnes menipu orang.. bisnes internet jual barang dan keuntungan jugak atas barang..tapi guna internet sebagai medium komunikasi dan alat promosi..ni baru betul bisnes internet dan takdak pernah aku dengaq untung 100% kalau jual barang camni.. melainkan beli stok dengan harga murah gila-gila n jual dengan harga tinggi gila babi.. contoh hang beli cekodok sketul RM20 ringgit pastu hang jual dengan harga double RM60 ringgit.. double tuwh.. selalu beli dari pemborong secara pukal kita akan dapat potongan dalam 10-40% camtu bergantung kepada pemborong lah. .tapi harga barang tetap sama.. cuma kita beli dapat potong 10-40%.. dan kita jual tetap dengan harga yang market.. jadi yang 10-40% tu lah jadi keuntungan pada kita.. tu baru bisnes internet n sistem dia sama ja mana-mana bisnes sekalipun..

camna ngan MLM pulak? Ustaz Zaharadin a.k.a uzar pernah terang pasal benda ni. selagi manfaat barang tu ada teruskan.. if setakat goreng-goreng mulut pasal barang tu.padahal barang menipu guna bahan kimia terlarang bagai dah jadi skim menipu orang..tanggung la sendiri kat akhirat nanti yep.. jujur dalam perniagaan tu wajib bro.

ok sekian, hangpa nantikan pulak suatu bisnes menipu orang yang menggunakan skim yang sama.. cuma ubah nama ja.. Slimberry ngan Stiforp.. 


 

Fortis Est Veritas Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos